aqilaqlan

aqilaqlan
Journey of Aqil and Aqlan

Tuesday, October 15, 2013

Oxygen support

Aqil memerlukan oxygen support untuk mengurangkan kebergantungan kepada jantung untuk mengepam oxygen ke seluruh badan.

Kami mendapatkan peralatan oxygen support dari seorang pembekal yang disarankan oleh pihak hospital. Nama syarikatnya TDC Enterprise dari Damansara. Nama pemiliknya ialah Sister Yeoh.

Ada 2 item yang kami sewa.

1. Oxygen concentrator

Alat ini perlu dipasang pada power source. Dalam alat ini tiada oksigen. Sebaliknya ia memproses air dan udara untuk menghasilkan oxygen. Agak bulky tapi ada roda. Pergerakan Aqil juga agak limited. Kami sewa dengan harga RM500 sebulan. Kalau nak beli agak mahal juga. Dengarnya macam puluhan ribu. Waktu mula-mula keluar wad, Aqil memang sentiasa on oxygen support. Selepas beberapa minggu, doktor kata boleh on off pakai oksigen sebab melihatkan kepada bacaan oxygen Aqil yang agak memuaskan tanpa bantuan oxygen. Jadi sekarang pun Aqil masih on off. Selalunya kami akan pakaikan masa Aqil tidur sekiranya dia nampak penat. Dalam bulan 6-7 yang lepas Aqil agak stabil. Dah lama kami tak pakaikan oksigen. Bincang-bincang dengan suami nak pulangkan balik oxygen concentrator ni. Tapi tak lama lepas tu Aqil kena selsema dan ini menyebabkan kesihatannya terjejas teruk. Nampaknya alat ini memang masih diperlukan lagi. Ianya sangat penting untuk membantu keselesaan Aqil kalau dia tengah tak sihat.



2. Tong oksigen
(gambar ambik dari google)

Yang ini untuk mobile. Dalam tong ini memang ada gas oksigen. Boleh tahan sampai 4 jam. Kalau gas dah habis kena pergi kedai untuk refill. Bukanlah sebarangan kedai. Sebenarnya setakat ini kami pun tak pernah lagi refill sebab jarang guna. Guna pun masa pergi balik ke hospital masa kesihatan Aqil tengah teruk. Kami sewa juga RM80 sebulan.

Selain sewa bulanan, kami juga perlu letakkan deposit sebanyak RM1200 untuk item-item di atas.

Pulse Oxymeter

Yang ini untuk measure level of oxygen dalam badan. Yang ini suami beli di sebuah kedai menjual barang-barang medical di Jinjang, Selangor. Bacaan normal 95-100%. Masa awal-awal Aqil dimasukkan wad dulu bacaan oxygennya ialah 80%. Memang sangat rendah. Kami perlukan alat ini untuk monitor oxygen level Aqil. Bila dah agak stabil level 97-98% untuk beberapa hari dan keadaan dia pun aktif, baru kami berani stopkan oxygen support. Tapi kalau nampak Aqil letih, kami akan check balik bacaan. Macam tulah kami monitor keadaan Aqil. Yang ni kami beli harganya RM200.

Alhamdulillah setakat ni kami masih mampu lagi untuk membiayai kos medical support untuk Aqil. 

Semoga Allah permudahkan urusan kami.

8 comments:

  1. Maaf menyibuk dalam blog puan ni. Tp saya ingin tahu dari mana puan menyewa alat2 di atas. Nenek saya perlu guna oksigen therapy di rumah.. tp saya xtau di mana nak cari. Harap puan boleh beri input.

    ReplyDelete
  2. Salam..arwah ibu saya pernah mggunakan phillips oksigen concentrator mesin dan kami beli dgn harga 5K++...warranty 3 thn dr supplier..oleh kerana ibu sya telah meninggal, sya bercadang untuk menjual alatan ini yg telah digunakan selama 2 thun tp masih dlm keadaan baik. warranty pun masih ada sethun, kedai supplier ada di bangi dan johor...mask dan water tank sya akan beri yang baru. harga boleh dirunding.hubungi sya haslin 0193360554..sya juga ada 2 tank oksigen beroda dan 1 mesin aerosol nebulizer...penghantaran seluruh semenanjung malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimana kedai kat Bangi tu yer tuan, sebab saya duduk kat Bangi, saya nak cari tempat untuk refill tong oksigen yang dekat dengan rumah untuk anak saya. Sebab tong oksigen emergency nie sikit sgt kandungannya, buat lawat hospital 2 kali dah habis dah (guna masa perjalanan jer) btw oxygen concentrator tu ada bermacam jenis, ada yang dari RM 3,500 hingga ke RM puluh ribu bergantung kepada model, fungsi dan negara penegeluar..

      Delete
  3. salam puan...semoga puan dan keluarga dalam keadaan sihat. adakah puan sudah mencarum dalam takaful? untuk menampung kos perubatan sehingga 1.2juta? sy perunding takaful great eastern 0182552467 (Pn liza) tq

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...sy ingin menyewakan mesin oksigen concentrator...produk dri newlife...berminat sila email pd sy di mhanafi007@yahoo.com atau hubungi sy di no 01132059702

    ReplyDelete
  5. dekat mana boleh saya sewa kan.. sebab bapa mertua saya amat memerlukan

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum .. saya ingin menyewakan mesin oxygen concentrator .. produk dari philips .. boleh cod area rawang dan kl .. berminat boleh ws saya 0182214459 ainaa

    ReplyDelete